mISI

Memperluaskan perkhidmatan Kesetiausahaan kepada Syarikat Luar (Pasaran Terbuka) selain dari Syarikat-Syarikat dalam Kumpulan PKINK. Memberi Perkhidmatan yang ‘Personalized’ & memuaskan kepada setiap pelanggan. Mengukuhkan Kedudukan sebagai sebuah Syarikat Pengurusan milik Bumiputera yang boleh diyakini dan antara Firma Kesetiausahaan yang terbaik di Kelantan. Mencapai Tahap Keuntungan yang membanggakan.  Mengukuhkan Kewangan Syarikat untuk berdikari tanpa bergantung kepada Perbadanan Induk, PKINK.

vISI

Untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera yang menawarkan perkhidmatan kesetiausahaan dan lain-lain perkhidmatan korporat yang berkaitan yang unggul, berwibawa dan disegani.

OBJEKTIF

Menjalankan perniagaan dalam menyediakan perkhidmatan korporat seperti perkhidmatan Setiausaha Syarikat, penubuhan Syarikat dan pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan lain-lain pihak berkuasa,  ePerolehan, menyedia kertas kerja/ mengendali/ menganjur seminar atau kursus yang berkaitan, ajen jualan sistem UBS Accounting.

PENGHARGAAN KEPADA PENGARAH DAN ANGGOTA SYARIKAT

Kejayaan UB Consult Sdn Bhd pada hari ini adalah hasil kerjasama dan sumbangan yang berterusan Lembaga Pengarah dan semua anggota Syarikat. Bagi pihak Pengurusan Syarikat, setinggi penghargaan dirakamkan kepada YBhg Dato’ Pengerusi Syarikat dan Pengarah dan begitu juga kepada semua anggota Syarikat yang bertungkus lumus dalam memberikan yang terbaik untuk Syarikat. Semoga usaha dan jasa bakti semua yang terlibat akan sentiasa mendapat redha ALLAH SWT..

GALER

Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan
Seminar Bicara Korporat 
Tanggungjawab & Liabiliti Kepada Syarikat – Ybhg Dato Seri Hj Syed Zainal Abidin Bin Syed Mohamed Tahir
Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan
Kursus Pengurusan dan Penulisan Minit Mesyuarat


4
Untitled-3

Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu

Kursus Tatacara Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry)


Seaview Hotel, Langkawi, Kedah
Kursus Kefahaman Perintah Am & Pengursan Fail


Untitled-2
Untitled-4

Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan

Kursus Induksi & Membangun Bersama Islam Dalam Profesionalisme Anggota


SEJARAH KAMI

Pada 11hb Oktober 1990, UB Consult Sdn Bhd telah ditubuhkan dengan nama PKB Management Services Sdn Bhd (PMS) sebagai anak Syarikat Permodalan Kelantan Bhd. Pada awalnya, Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk pengambilan kakitangan untuk PKINK secara kontrak. Ini adalah kerana pengambilan kakitangan baru secara terus oleh PKINK dibekukan. Selepas itu, aktiviti pengambilan kakitangan diperluaskan kepada anak-anak Syarikat dalam Kumpulan PKINK bagi kategori A dan B.

 

Pada tahun 1995, PKINK telah membuat keputusan untuk mengkorporatkan bahagian Setiausaha PKINK sebagai anak Syarikat PKINK yang baru dan Syarikat yang sedia ada dan sesuai bagi tujuan tersebut adalah PKB Management Services Sdn Bhd (PMS).  Bermula dari situlah PMS telah berkembang dalam mengurus perkhidmatan kesetiausahaan dan lain-lain perkhidmatan korporat untuk Syarikat-Syarikat dalam kumpulan PKINK dan pasaran luar.

 

Pada tahun 1999, hasil dari penstrukturan semula ekuiti PKINK, Syarikat telah bertukar tangan dari Permodalan Kelantan Bhd kepada PKINK dan ditukar nama kepada UB CONSULT SDN BHD pada 15hb Jun, 1999 bagi tujuan mengelak kekeliruan mengenai statusnya.