mISI
Memperluaskan perkhidmatan Kesetiausahaan kepada Syarikat Luar (Pasaran Terbuka) selain dari Syarikat-Syarikat dalam Kumpulan PKINK. Memberi Perkhidmatan yang ‘Personalized’ & memuaskan kepada setiap pelanggan. Mengukuhkan Kedudukan sebagai sebuah Syarikat Pengurusan milik Bumiputera yang boleh diyakini dan antara Firma Kesetiausahaan yang terbaik di Kelantan. Mencapai Tahap Keuntungan yang membanggakan. Mengukuhkan Kewangan Syarikat untuk berdikari tanpa bergantung kepada Perbadanan Induk, PKINK.
Untuk
menjadi sebuah syarikat bumiputera yang menawarkan perkhidmatan kesetiausahaan
dan lain-lain perkhidmatan korporat yang berkaitan yang unggul, berwibawa dan
disegani.
OBJEKTIF
Menjalankan
perniagaan dalam menyediakan perkhidmatan korporat seperti perkhidmatan
Setiausaha Syarikat, penubuhan Syarikat dan pendaftaran perniagaan dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan
lain-lain pihak berkuasa, ePerolehan,
menyedia kertas kerja/ mengendali/ menganjur seminar atau kursus yang
berkaitan, ajen jualan sistem UBS Accounting.
PENGHARGAAN KEPADA PENGARAH DAN ANGGOTA SYARIKAT
Kejayaan UB Consult Sdn Bhd pada hari ini adalah hasil kerjasama dan sumbangan yang berterusan Lembaga Pengarah dan semua anggota Syarikat. Bagi pihak Pengurusan Syarikat, setinggi penghargaan dirakamkan kepada YBhg Dato’ Pengerusi Syarikat dan Pengarah dan begitu juga kepada semua anggota Syarikat yang bertungkus lumus dalam memberikan yang terbaik untuk Syarikat. Semoga usaha dan jasa bakti semua yang terlibat akan sentiasa mendapat redha ALLAH SWT..
GALER
Kursus Pengurusan dan Penulisan Minit Mesyuarat
Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu
Kursus Tatacara Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry)
Kursus Kefahaman Perintah Am & Pengursan Fail
Perdana Resort, Kota
Bharu, Kelantan
Kursus Induksi
& Membangun Bersama Islam Dalam Profesionalisme Anggota
SEJARAH KAMI
Pada 11hb Oktober 1990, UB Consult Sdn Bhd telah
ditubuhkan dengan nama PKB Management Services Sdn Bhd (PMS) sebagai anak
Syarikat Permodalan Kelantan Bhd. Pada awalnya, Syarikat ini ditubuhkan
bertujuan untuk pengambilan kakitangan untuk PKINK secara kontrak. Ini adalah
kerana pengambilan kakitangan baru secara terus oleh PKINK dibekukan. Selepas
itu, aktiviti pengambilan kakitangan diperluaskan kepada anak-anak Syarikat
dalam Kumpulan PKINK bagi kategori A dan B.
Pada tahun 1995, PKINK telah membuat keputusan untuk mengkorporatkan
bahagian Setiausaha PKINK sebagai anak Syarikat PKINK yang baru dan Syarikat
yang sedia ada dan sesuai bagi tujuan tersebut adalah PKB Management Services
Sdn Bhd (PMS). Bermula dari situlah PMS
telah berkembang dalam mengurus perkhidmatan kesetiausahaan dan lain-lain
perkhidmatan korporat untuk Syarikat-Syarikat dalam kumpulan PKINK dan pasaran
luar.
Pada tahun 1999, hasil dari penstrukturan semula ekuiti PKINK, Syarikat telah bertukar tangan dari Permodalan Kelantan Bhd kepada PKINK dan ditukar nama kepada UB CONSULT SDN BHD pada 15hb Jun, 1999 bagi tujuan mengelak kekeliruan mengenai statusnya.